Pokok Kari

on Monday, August 9, 2010
Tonik untuk menguatkan urat perut.Merawat buasir,diabetes dan cirit-birit.

Kadok

Digunakan untuk merawat demam malaria,sengal-sengal tulang,sakit pinggang,melawaskan kencing dan ubat panau.Dimakan sebagai ulam untuk awet muda.

Kacip Fatimah Daun Merah


Ramuan utama untuk ubat periuk bagi ibu selepas bersalin,merangsang hormon,melancarkan kitaran haid,mengecutkan rahim,rheutism,cirit-birit dan penyakit buasir.

Kacang Telang

Untuk merawat insomnia,menguatkan daya ingatan dan mencerdaskan IQ.Digunakan untuk melebatkan dan menghitamkan rambut.

Jeremin


Menghalau nyamuk,merawat penyakit kulit dan gatal-gatal pada kulit.

Seven Star/Jarum Tujuh Bilah

Merawat kanser payudara,kanser kolon,kanser hidung.Menurunkan kadar tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Garuda

Merawat penyakit histeria,malaria,hernia,flebis(radang pembuluh darah),arthiritis,anti-kejang,toksik,piretik,merangsang otot uterus dan pengeluaran haid.